♥ jum ekot ♥

♥ jangan lupa letak link korang ♥





Thursday, 12 December 2013

thesis ? viva ?

Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan hamba hambaMu . 


tetiba hari ini berdegup kencang. hanya Dia yang tahu . gerun dan risau. 


walaupun praktikal dah abes, tapi viva belom





semoga Allah permudahkan segala-segalanya utk aku dan kawan2..





wish me and my friends.

xoxo

Sunday, 8 September 2013

tertarik : Jodoh itu Rahsia Allah..





sharing from SINI

terjatuh hati dengan penulisan saudari . 

maaf saya copy and paste di sini . untuk tetapan sendiri . mohon halalkan :D


/\ /\
 .||     ||.
SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...

Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. 

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".

Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".

~Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.~



Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama.. Kita Tetap Tidak Akan Bersama.. Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang.. Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya.

Hebat aturanNya..=')

Jodoh itu kan Rahsia Allah.. Sweet kan? Allah itu maha SWEET. Dia nak bagi kejutan dekat kita. =D dan kita pula akan sentiasa ternanti-nanti , siapakah jodoh kita. Tapi, sebelum tiba masanya, selagi itulah Dia akan rahsiakan daripada kita. Allah buat macam tu bukan sia-sia, tidak ada sia-sia dalam perancanganNya. Dia nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai. Selagi ada masa yang disediakan Allah untuk kita ini, mari kita tambahkan ilmu di dada secukupnya untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. 

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. 
Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah. Dia mengetahui,sedang kita tidak mengetahui bukan? =) [2:216]

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."

(Adz Dzariyat : 49)


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup


Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??



".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri



Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won't touch her.
Not even the slightest bit.
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR. Al-Hakim)

Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb..

"Orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu.." =)
Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. =)

Thursday, 5 September 2013

kahwin

isu kahwin , tunang, anak ?
haaa memang ter amat la ramai yang dah setel ngn isu tersebut
then terase la nak jugak kahwin eh


sabar awak..
awak dah ready ke nak pikul tanggungjawab after kahwin ?
dah ke ?
awak dah berjasa kat family awak ?
dah ke ?

kalau awak dah ready,silakan awak..
xde orang halang ..

:)

serik

xbosan ke xde 'partner' ?


hah ?
kenape? kenape?
xleh hidup eh kalau xde 'partner' ?hah ???

coi ! coi !
2tahun dah. hidup elok jee, sihat walafiat lagi..
ape masalah ??


hailaaaa jangan nak ikotkan sangat.
jodoh itu rahsia Allah
kenape nak dipersoalkan kalau belum menemui pasangan nye ?
hmm




Tuesday, 30 July 2013

gedik

bila dah kerja, gatal nak rindu rindu kat zaman belajar
bila masa belajar , gatal nak bekerja laa bagai


haaa.. sekarang rasakan lah zaman bekerja

bos garang ke ape, kena lah hadap
environment xbest ke ape, kena lah adapt jugak
staff xfriendly ke ape, kena lah meng friendly kan

see

PADAN MUKA !


masa belajar xnak belajar betol betol

sekarang ?

hmmm
double hmm






#bersyukur lah ada orang sanggup jadikan engkau tu salah sorang ahli dalam company nie
#sobs sobs

Saturday, 27 July 2013

happy birthday

selamat ulang tahun ke 23







semoga awak berbahagia di sisi insan tercinta..
ehh i know awak dah mmg berbahagia daa .
:)

semoga berkekalan hingga akhir hayat.


semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur
aminn 
:D



#ahch

Sunday, 14 July 2013

rumah manis rumah

alhamdulillah.

setelah sekian lame merantau di negeri orang .

genap 11.07.2013

balik ke pangkuan ibu dan ayah .
almost 6 or 7years kot.
mane tak nye.
abe jer spm, terus ke shah alam.keje.
then smbung blaja.diploma.keje.degree


skang mase utk bersama dgn ibu dan ayah plak .

LI di kampung selama 6bulan .
moga moga dipermudahkan segalasegalanye.
aminn.





#imhappywithsinglelife.
#alhamdulillah
#almost3years

Monday, 10 June 2013

kenapa dan mengapa

awak. saya. pakcik. makcik.


sobs sobs sobs.

lihat dia, dan terus terasa Ya Allah, menyesal nyaaa .
teramat sangat.

kenapa?

sebab dia, i lost dia
tetapi bukan salah dia, tetapi salah diri sendiri .



awak. makcik. pakcik. makcik.

dia tahu dan saya tahu.




maaf kerna masih belum bisa melupakan.
maaf kerna masih belum berhenti berharap.
maaf kerna masih belum mampu mengawal perasaan.



#memories #duatahunlepas #ahch

Tuesday, 28 May 2013

lelaki itu

lelaki itu sahabat , kawan dan teman


tetapi lelaki itu 

akan dijauhi
akan dibiarkan


akan dipilih utk berdiam diri
tanpa khabar berita lagi.


terima kasih utk semua nya lelaki itu
maaf kerna semua nya lelaki itu .






andai kamu mengerti siapa lelaki itu .

Monday, 27 May 2013

percaya atau tidak. hmm

lelaki itu telah bersama hampir dua tahun lebih 
lelaki itu sahabat kepada lelaki itu
lelaki itu teman berbicara walaupun dulu bersama lelaki itu
lelaki itu teman bersedih dan bergembira walaupun dulu bersama lelaki itu
tetapi tidak pernah membatasi bila dulu bersama lelaki itu

lelaki itu tahu situasi yang sekarang tidak bersama lelaki itu lagi
kerana lelaki itu sudah punyai teman baru

sekarang lelaki itu punya perasaan
bukan sekarang tetapi dari dulu bersama lelaki itu
namun perasaan itu tidak dibalas dan ditolak
kerna takut akan pisang berbuah dua kali
lelaki itu tidak mengalah, ataupun mungkin sekarang sudah mengalah.. mungkin kah..

dan sekarang,
lelaki itu menyendiri, menyepi, menjauhkan diri.
lelaki itu dengan kehidupan sendiri.
lelaki itu dengan harapan baru, mungkin...
lelaki itu dengan teman baru, mungkin..


dan sekarang,
lelaki itu bukan lagi teman berbicara setiap waktu,
lelaki itu bukan lagi teman bersedih dan bergembira.. mungkin..





percaya atau tidak,, hati manusia bisa berubah dengan sekelip mata.
namun. harapan dan semangat tak kan pernah berubah walaupun menyakitkan .

.

Saturday, 25 May 2013

dua tahun lebih

dua tahun lebih ?

ape yang dua tahun lebih tu ? hmm . bukan untukku lagi .


semua kerna salah diri sendiri 

maaf kerna masih tidak mampu melupakan

maaf untuk segalanya .








semoga berbahagia dengan insan yang disayangi . 
hanya mampu berdoa untuk yang terbaik untuk dia dan diri sendiri.



ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah s.w.t
redha dan berserah . wassalam .