♥ jum ekot ♥

♥ jangan lupa letak link korang ♥





Friday, 16 October 2020

Im Back for Something?

Assalamualaikum..

 

Lamanyaaaaaaa menyepi blog ni ye kan.

 

Im back yooo!

 

 

Looking for beauty consultant? Do contact me okay! I will guide you till you PUAS HATI!

 

Okay my dear !

 

Syida

www.wasap.my/60193714126

Thursday, 6 March 2014

job hunter

Ya Allah..


susah taw x nak dapat kerja yang betol2 kite nak ..

or mungkin belum tiba masenya.

maknanya kenalah usaha lagi..


takpe sebagai manusia yang semakin bertambah usia nya..

ku kan terus berjuang, bersungguh , berkorban

sungguh ini untuk keluarga.


untuk mereka yang telah berhabis habisan mengeluarkan peluh hanya semata-mata untuk membesarkan ku ini.

untuk mereka yang tidak pernah putus asa untuk melengkapi kelengkapan ku.

untuk mereka yang tidak pernah mengeluh menjaga kebajikan ku


Ya Allah

semoga Engkau permudahkanlah jalan ku.


amin amin ya rabbal alamin .

doa untuk mu jua para sahabat yang sedang mencari kerja. Insya Allah, pasti ade rezeki yang tersimpan untuk kita.

:D

Friday, 3 January 2014

alhamdulillah

syukur ke hadrat Ilahi..

semua berjalan dengan lancar

viva nye, thesis nye, praktikal nye

 


sekarang tawakal dan redha dengan result nye.

insya Allah, 


dengan izin Dia, 

tahun 2014 bulan 5 or 6, merupakan kali terakhir menjejaki kaki ke UiTM dan automatiknye menjadi alumni UiTM. 

 

Thursday, 12 December 2013

thesis ? viva ?

Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan hamba hambaMu . 


tetiba hari ini berdegup kencang. hanya Dia yang tahu . gerun dan risau. 


walaupun praktikal dah abes, tapi viva belom





semoga Allah permudahkan segala-segalanya utk aku dan kawan2..





wish me and my friends.

xoxo

Sunday, 8 September 2013

tertarik : Jodoh itu Rahsia Allah..





sharing from SINI

terjatuh hati dengan penulisan saudari . 

maaf saya copy and paste di sini . untuk tetapan sendiri . mohon halalkan :D


/\ /\
 .||     ||.
SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...

Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. 

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".

Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".

~Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.~



Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama.. Kita Tetap Tidak Akan Bersama.. Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang.. Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya.

Hebat aturanNya..=')

Jodoh itu kan Rahsia Allah.. Sweet kan? Allah itu maha SWEET. Dia nak bagi kejutan dekat kita. =D dan kita pula akan sentiasa ternanti-nanti , siapakah jodoh kita. Tapi, sebelum tiba masanya, selagi itulah Dia akan rahsiakan daripada kita. Allah buat macam tu bukan sia-sia, tidak ada sia-sia dalam perancanganNya. Dia nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai. Selagi ada masa yang disediakan Allah untuk kita ini, mari kita tambahkan ilmu di dada secukupnya untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. 

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. 
Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah. Dia mengetahui,sedang kita tidak mengetahui bukan? =) [2:216]

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."

(Adz Dzariyat : 49)


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup


Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??



".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri



Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won't touch her.
Not even the slightest bit.
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR. Al-Hakim)

Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb..

"Orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu.." =)
Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. =)